Home Berita PAS Melaka

Program sumbangan prihatin Covid-19 untuk guru PASTI

389
SHARE

Oleh : Ibnu Thabit

ALOR GAJAH, 20 Dis : Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah telah mengadakan Program Sumbangan Prihatin Covid-19 untuk guru-guru PASTI yang berlangsung di PASTI Al-Affan Taman Desa Idaman Durian Tunggal, di sini semalam.

Program sumbangan prihatin ini adalah untuk menjaga kebajikan dan menghargai jasa guru-guru PASTI sebagai pendidik yang telah berpenat lelah mendidik anak-anak PASTI, khususnya dalam keadaan suasana penularan wabak Covid-19 ini.

Serahan sumbangan prihatin ini telah disampaikan oleh Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin kepada guru-guru PASTI bagi Dun Durian Tunggal dan Asahan.

Turut hadir bersama Naib Ketua Pemuda PAS Alor Gajah, Ustaz Muhammad Hatin Mohd Yusof, Ketua Penerangan Pemuda PAS Alor Gajah Syahmi Satar dan kalangan Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Kawasan.