Home Berita PAS Melaka

JPrD PAS Taboh Naning santuni waris Almarhum Hanafiah Harun

535
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 15 Dis : Jabatan Pilihan Raya Dun (JPrD) PAS Taboh Naning telah menziarahi anak kepada Almarhum Hanafiah Harun, di kediamannya di Kampung Solok Semelenggang, Brisu, di sini semalam.

Almarhum Hanafiah Harun, seorang aktivis PAS dan merupakan wakil PAS dalam JPKK Brisu meninggal dunia akibat serangan jantung pada 7 Disember baru-baru ini.

Anak Almarhum, Rabia’tul Adawiyah Hanafiah, 14, yang kini yatim piatu kerana ibunya juga telah meninggal dunia dua tahun lepas menetap bersama neneknya Salbiah Baba di rumah itu.

Sumbangan berbentuk wang tunai sebanyak RM700 hasil sumbangan ahli-ahli PAS JPrD Taboh Naning itu disampaikan kepada Rabia’tul oleh Pengarah JPrD PAS Taboh Naning, Cikgu Abu Hashim Abd Samad.

Turut hadir Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kawasan, Cikgu Arshad Md Som, pimpinan JPrD PAS Taboh Naning.