Home Berita PAS Melaka

Wanita PN Masjid Tanah ziarah kasih asnaf dan pesakit kanser

686
SHARE

Oleh : Adam Baba

MASJID TANAH, 14 Dis : Dewan Muslimat PAS dan Srikandi Bersatu Parlimen Masjid Tanah atas nama Wanita Perikatan Nasional (PN) Parlimen Masjid Tanah telah melakukan program ziarah kasih di sekitar Dun Ayer Limau, di sini, kelmarin.

Menurut Ketua Dewan Muslimat PAS Masjid Tanah, Aziah Md Saad, program ziarah kasih ini adalah dalam usaha PN untuk membantu rakyat yang terkesan dengan permasalahan menghadapi Covid-19

Aziah yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Melaka berkata lagi, Dun Air Limau dipilih untuk program ini yang melibatkan tujuh buah rumah dalam kalangan miskin tegar yang antaranya juga penghidap penyakit kanser.

Turut sama di dalam program ini ialah Ketua Srikandi Bersatu Masjid Tanah, Zafaizah Ab Lah bersama-sama dengan pimpinan Muslimat PAS dan Srikandi Bersatu tempatan.