Home Artikel PAS Melaka

Covid-19 Melaka : 7 kes positif baharu

507
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 13 Dis : Tujuh kes positif baharu dikesan di seluruh Negeri Melaka hari ini seperti dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka di laman Telegram rasminya sebentar tadi.

Menurut laporan itu satu kes dikesan di Mukim Sebatu Daerah Jasin daripada kes jangkitan import B saringan kontak rapat kes positif Tangkak Johor berumur 26 tahun.

Tambah laporan itu, satu lagi kes dikesan di Mukim Merlimau Daerah Jasin daripada kes saringan kontak rapat kes positif Selangor berumur 23 tahun.

Sementara lima lagi kes dikesan di Mukim Jasin, Daerah Jasin daripada kes saringan Pusat Koreksional Jasin, Kluster Jalan Harapan dari lokasi berisiko Negeri Selangor berumur 24, 31, 48, 49, dan 54 tahun.

Tambah laporan itu lagi sebanyak 43 kes masih dirawat di Hospital Melaka, tiada kes di bawah rawatan ICU atau kes sembuh baharu dilaporkan untuk hari ini.

Laporan itu juga menyatakan lapan mukim dikategorikan sebagai zon kuning hari ini iaitu Mukim Sungai Baru Ulu (1 kes), Batu Berendam (1 kes) Bukit Piatu (3 kes), Kandang (4 kes), Klebang Kechil (1 kes), Tanjung Minyak (5 kes), Jasin (5 kes) dan Selandar (1 kes).

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 1229 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Selangor masih mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 435 kes dan masih diikuti oleh Sabah yang mencatatkan 333 kes.

Laporan itu juga menyatakan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini kecuali Kelantan, Putrajaya dan Sarawak.