Home Artikel PAS Sarawak

Jelajah Kasih : Jejak Fakir Bukti PAS Prihatin Rakyat

441
SHARE

Oleh : Aida Abdullah

Beting Maro, 12 Disember : Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Negeri Sarawak melalui program Jelajah Kasih : Jejak Fakir meneruskan agenda menyantuni ahli PAS dan golongan yang memerlukan di DUN Beting Maro.

Program yang berlangsung selama satu hari ini berjaya menyantuni 100 buah keluarga di Beting Maro melibatkan enam buah kampung iaitu Beladin, Pusa, Tambak, Kalok, Spinang dan Semarang.

Turut bersama program ini adalah Ketua Lajnah Kebajikan (LKK) PAS Negeri Sarawak, Morshidi Hassan bersama Timbalan Ketua LKK PAS Negeri Sarawak, Habsah Bujang, Ketua Muslimat PAS Kawasan Batang Lupar Mahani Mumtaz serta jentera bantu daripada kawasan Mukah dan Halwa setiap kawasan.

Sumbangan yang berbentuk sekampit beras dan keperluan dapur itu sedikit sebanyak dapat membantu penduduk kampung dalam mengharungi kehidupan seharian.

Menurut Morshidi, objektif PAS dalam misi kali ini adalah menyantuni dan prihatin terhadap permasalahan penduduk kampung di samping mengeratkan silaturrahim antara ahli dan penyokong PAS.

“Program sebegini akan diteruskan secara konsisten ekoran penerimaan dan hubungan baik antara PAS dan rakyat yang kukuh melalui program berbentuk kebajikan,” ujar beliau lagi.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan ke akaun 11013010023984(Bank Islam) atas nama Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak(BPPNS) dalam usaha PAS meneruskan misi kebajikan di seluruh negeri Sarawak.