Home Berita PAS Melaka

JPrD PAS Rembia kesan golongan yang memerlukan bantuan

451
SHARE

Oleh : Ibnu Thabit

ALOR GAJAH, 13 Dis – Jabatan Pilihan Raya Dun (JPrD) PAS Rembia telah menziarahi serta memberi sumbangan kit makanan asasi di sekitar Taman Rembia Setia, di sini petang semalam.

Bagi salah seorang penerima bantuan ini, seorang suri rumah, Hamidah Hashim, 33, bantuan ini membantu meringankan beban yang ditanggung dalam meneruskan kehidupan harian bersama keluarga.

“Saya seorang suri rumah yang mempunyai lima tanggungan iaitu anak-anak yang masih bersekolah di peringkat sekolah rendah dan suami bekerja sebagai pemandu lori, tetapi terjejas pendapatannya atas sebab menghadapi Covid-19 ini.” katanya yang telah berumah tangga lebih dari 10 tahun.

Kit asasi makanan ini disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin.

Ziarah ini turut disertai oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Alor Gajah, Rosela Alwi, Pengarah JPrD PAS Rembia, Ustaz Muhammad Hatin Mohd Yusof dan Ketua Penerangan PAS Alor Gajah, Shamsul Bahrin Mohd Saad.