Home Berita PAS Melaka

Guru PASTI aset besar kepada PAS

685
SHARE

 

Oleh : Al-Ansari

ALOR GAJAH, 13 Dis : “Guru PASTI merupakan antara aset yang besar kepada Parti PAS kerana mereka bukan sahaja bertugas sebagai pendidik, malah sebagai penggerak utama dalam aktiviti jemaah.

“Guru PASTI kebanyakannya menerima elaun yang lebih rendah berbanding guru-guru di persekolahan biasa namun mereka tetap istiqamah dalam menabur bakti mendidik anak-anak dan juga menyumbang dalam menyampaikan mesej parti”.

Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin berkata demikian kepada Wartawan Rakyat Melaka (WARM) ketika menyempurnakan majlis itu dengan menyampaikan sumbangan kepada wakil PASTI bagi Dun Rembia, Gadek dan Machap dalam Program Sumbangan Prihatin Covid19 anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah (DPPKAG) di sini hari ini.

Dalam majlis ini semua guru dan pembantu PASTI Kawasan Alor Gajah menerima sumbangan berbentuk tunai daripada DPPKAG.

Rata-rata wakil PASTI yang ditemui mengucapkan ribuan terima kasih kepada DPPKAG atas sumbangan ini dan dengan sumbangan ini, menurut mereka, sedikit sebanyak dapat meringankan beban guru dan pembantu PASTI terutamanya yang terjejas disebabkan pandemik Covid-19.

Program hari ini turut dihadiri oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah, Khanapiah Nor, Ketua Muslimat PAS Kawasan Alor Gajah, Rosela Alwi dan Pengerusi PASTI Kawasan Alor Gajah, Mohd Afif Che Roselam.