Home Berita PAS Melaka

PAS Jasin bantu mangsa banjir

608
SHARE

Oleh : Abu Fadhil

JASIN, 7 Dis : PAS Kawasan Jasin telah mengadakan program turun padang di Sungai Rambai dan Paya Tanjung, di sini, semalam.

Program bersama PAS Kawasan Jasin, PAS cawangan-cawangan dan JPKK Sungai Rambai ini dirasmikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Datuk Ustaz Kamarudin Hj Sidek.

Sumbangan berupa makanan dan barang keperluan ini diagih-agihkan kepada 16 penerima yang terdiri daripada penduduk sekitar Sungai Rambai yang terjejas akibat bencana banjir yang berlaku baru-baru ini.

Sementara itu, dalam program yang sama, rombongan ini turut menziarahi Ketua Cawangan PAS Paya Tanjung, Serkam, Cikgu Abas Juki yang kini uzur bagi menghulurkan bantuan.

Turut hadir AJK Pas Kawasan Jasin, AJK Pas Cawangan Sungai Rambai dan JPKK Sungai Rambai.