Home Artikel PAS Melaka

Laungan Perikatan Nasional dan Takbir iringi perasmian bilik gerakan Dun Tanjung Bidara

734
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 7 Dis : Laungan ‘Perikatan Nasional’ dan ‘takbir’ mengiringi perasmian Bilik Gerakan Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Dun Tanjung Bidara yang berlangsung di rumah seorang aktivis Parti Bersatu di Kampung Padang Kemunting, Tanjung Bidara di sini malam semalam.

Perasmian bilik gerakan ini telah disempurnakan oleh Ketua Bersatu Bahagian Masjid Tanah, YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Samsudin yang juga merupakan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Turut menyampaikan ucapan pada malam itu ialah Timbalan Pesuruhjaya-2 PAS Melaka, Ustaz Imran Abdul Rahman yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah.

Gimik perasmian disempurnakan dengan acara memotong reben gegantung perasmian diikuti dengan kedua-dua pemimpin parti komponen Perikatan Nasional itu menandatangani buku pelawat bilik gerakan itu.

Program yang bermula dari jam 8.30 hingga 11.30 malam ini dihadiri oleh hampir 200 orang pimpinan dan penyokong PAS dan Bersatu yang menandakan bermulanya gerak kerja Perikatan Nasional untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 yang bakal berlangsung pada bila-bila masa.