Home Berita PAS Sabah

PAS Sandakan bantu mangsa kebakaran Batu 3

487
SHARE

Oleh: Nur Fathihah Taip
7 Disember 2020

SANDAKAN : Susulan kebakaran di sebuah bengkel membaiki kenderaan di Batu 3, Sandakan yang turut memusnahkan sebuah rumah pekerja, PAS Sandakan telah tampil menghulurkan sumbangan kepada mangsa di lokasi kejadian pada Sabtu lalu.

Sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan dapur itu telah disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid yang turut disertai oleh Ketua Penerangan PAS Sandakan, Mustaman Mustain dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa PAS

Dalam pertemuan itu, Sahar telah melahirkan perasaan simpati dengan musibah yang dihadapi oleh mangsa, Suhardi Bin Samaila dan berharap beliau bersabar dengan ujian yang melanda

“Ini ujian daripada Allah buat tuan sekeluarga dan kami doakan tuan tabah dengannya, mudah-mudahan Allah ganti apa yang hilang dengan sesuatu yang lebih baik,” ujar Sahar yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah

“PAS Sandakan sentiasa peka dengan musibah yang menimpa masyarakat dan akan sedaya upaya memberi bantuan, diharapkan dengan sumbangan yang diberikan ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung,” tambahnya

Sahar juga berharap agar lebih ramai pihak tampil menghulurkan sumbangan kepada Suhardi yang tinggal sehelelai sepinggang apabila tidak dapat menyelamatkan apa=apa barang dalam tragedi tersebut.

Suhardi ketika ditemui turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada PAS Sandakan atas keprihatinan yang ditunjukkan dan redha dengan ujian yang menimpa keluarganya itu.