Home Berita PAS Melaka

Program ziarah Perikatan Nasional DUN Durian Tunggal

446
SHARE

Oleh : Ahmad Kautsar Md Ali

ALOR GAJAH, 7 Dis : Perikatan Nasional (PN) DUN Durian Tunggal telah mengadakan program turun padang di Kampung Gangsa dan Kampung Pulau dalam DUN ini, di sini, semalam.

Program bersama, PAS dan Bersatu ini dirasmikan oleh Yang Di Pertua PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin sebelum sumbangan makanan diagih-agihkan kepada penduduk sekitar Kampung Gangsa.

Seramai 20 penerima sumbangan berupa makanan asas ini diberikan kepada golongan yang kurang berkemampuan di situ.

Sementara itu, dalam program yang sama, satu gotong-royong telah dijalankan di sebuah rumah yang didiami dua individu orang kurang upaya (OKU) di Kampung Pulau.

Selain gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran rumah, mereka turut menerima sumbangan beberapa item seperti katil, peti sejuk dan keperluan makanan.

Turut serta dalam program ini Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Negeri Melaka (LKKPM) dan Muslim Care.