Home Berita PAS Melaka

Bahiki lancar jentera pilihan raya PAS JPrD Ayer Limau

523
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 7 Dis : Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Melaka, Bahiki Ismail telah melancarkan jentera pilihan raya bagi Jabatan Pilihan Raya Dun (JPrD) PAS Ayer Limau.

Program ini diadakan di rumah seorang aktivis PAS, Cikgu Zainal Abidin Abdullah
di Kampung Paya Lebar, di sini petang semalam.

Turut memberikan ucapan di dalam program ini ialah Timbalan Pesuruhjaya-2 PAS Melaka, Ustaz Imran Abdul Rahman yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah.

Di dalam program ini juga Pengarah JPrD PAS Ayer Limau, Cikgu Arshad Md Som telah mengumumkan bahawa satu ruang di rumah Cikgu Zainal itu akan dijadikan Bilik Operasi bagi Unit Daerah Mengundi (UDM) PAS Ramuan China Besar.

Program dihadiri oleh pimpinan PAS Kawasan Masjid Tanah dan Ketua-ketua UDM PAS di dalam Dun Ayer Limau.