Home Berita PAS Melaka

Ziarah kasih warga emas dan anak yatim JPrD Rembia

548
SHARE

 

Oleh : Ibnu Thabit

ALOR GAJAH, 1 Dis : Jentera Jabatan Pilihan Raya Dun (JPrD) PAS Rembia telah menziarahi serta menyampaikan bantuan sumbangan kit makanan asasi kepada dua warga emas yang menetap di sekitar Kampung Sungai Petai, di sini semalam.

Kedua-dua warga emas yang juga ibu tunggal ini, Sapiah Bujang, 71 dan Salmah Salleh, 69, masing-masing menjaga cucu mereka yang juga merupakan anak yatim yang sudah ketiadaan ayah sejak daripada kecil lagi.

Ziarah disempurnakan dengan penyampaian sumbangan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin kepada kedua-dua warga emas ini.

Kedua-dua penerima sumbangan ini mengucapkan terima kasih dan bersyukur dengan sumbangan ini, yang mana menurut mereka sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban mereka sekeluarga.

Ziarah ini turut disertai oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Alor Gajah, Rosela Alwi, Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dun (JPrD) PAS Rembia, Ustaz Muhammad Hatin Mohd Yusof dan Ahli Jawatankuasa JPRD PAS Dun Rembia.

Wartawan Rakyat Melaka (WARM)