Home Artikel PAS Melaka

Manfaatkan masa teruskan usaha – YDP PAS Alor Gajah

326
SHARE

Oleh : Al-Ansari

ALOR GAJAH, 1 Dis : “Jentera PAS terutamanya, perlu memanfaatkan setiap masa yang ada dalam usaha mengukuhkan Muafakat Nasional dan juga mempertahankan Perikatan Nasional”.

Demikian dinyatakan oleh Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) setelah pandemik berakhir ketika berucap dalam sesi Perhimpunan Agung Tahunan Kali Ketiga BERSATU baru-baru ini.

Tambah beliau lagi, kesan daripada pandemik ini menyebabkan seluruh dunia mengalami tekanan terutama dari segi kesihatan dan ekonomi yang menimbulkan kelembapan ekonomi global dan menuntut penyelesaian komprehensif bukan sekadar bersifat populis semata-mata.

“Dengan penyusanan semula urus tadbir kerajaan pada hari ini, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga 2020 menunjukkan penguncupan sebanyak 2.7 peratus, iaitu pada kadar yang jauh lebih baik berbanding penurunan dua angka sebanyak 17.1 peratus pada suku kedua.

“Ini menunjukkan kesan pemulihan ekonomi yang disebabkan oleh langkah-langkah kerajaan melancarkan beberapa rancangan pemulihan ekonomi seperti Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Kita Prihatin),” ujar beliau.

Beliau menambah lagi, di samping kerajaan sedang memulihkan ekonomi, semua ahli dan pimpinan PAS perlu memanfaatkan masa ini untuk mencari titik temu antara tiga parti komponen dalam Perikatan Nasional supaya setiap daripada ahli mempunyai persefahaman yang sama menjelang PRU ke-15 nanti.

Ustaz Syahbudin berkata demikian kepada Wartawan Rakyat Melaka (WARM) semalam selepas meluangkan masa hadir di Program Komuniti Sumbangan Masyarakat yang dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (YDP) Seri Mohd Redzuan Yusof yang juga merupakan Ahli Parlimen Alor Gajah.

Program turut dihadiri oleh Pengerusi Gerakan Pembela Ummah Negeri Melaka, Cikgu Hishammudin Abu Bakar dan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dun (JPrD) Durian Tunggal, Azman Ahmat.



Wartawan Rakyat Melaka (WARM)