Home Berita PAS Pahang

5 Pelajar MTIS layak ke musabaqah hafazan peringkat negeri Pahang

1027
SHARE

Maahad Tahfiz Al Istiqamah Temerloh telah menghantar 7 pelajar ke musabaqah hafazan saringan di Jerantut pada 17 November 2020 yang lalu. Seramai 35 peserta telah menyertai musabaqah hafazan di Masjid Tengku Abdullah Jerantut pada 17 November lepas.

Saingan terlalu banyak dan sengit dari kebanyakan maahad tahfiz-maahad tahfiz yang telah lama beroperasi teah berjaya melahirkan huffaz yang ramai. Namun jemputan dari Jabatan Agama Islam JAIP supaya MTIS juga turut serta maka MTIS mengambil peluang ini untuk melatih dan memberi peluang kepada pelajar yang berkelayakan.

5 pelajar MTIS ini akan menyertai hafazan peringkat negeri Pahang pada Disember 2020 di Hotel Grand Darul Makmur Kuantan. Musabaqah Hafazan Peringkat Negeri Pahang ini adalah bertujuan mencari peserta terbaik bagi mewakili negeri Pahang pada musabaqah peringkat Kebangsaan pada tahun 2021.

Maahad Tahfiz Al Istiqamah mula beroperasi pada Januari 2017 di alamat Lot 2061, Kampung Padang Lalang, KM8 Jalan Maran, Temerloh, Pahang. Kini, Maahad Tahfiz Al Istiqamah telah berdaftar dibawah Majlis Ugama dan Adat Resam Melayu Pahang-MUIP (MUIP KS 32/18). Kini Maahad Tahfiz Al Istiqamah sekarang mempunyai seramai 43 orang pelajar dan sedang menguruskan pengambilan pelajar baru Ting 1 bagi tahun 2021.

“ALhamdulillah, walaupun banyak kekangan yang dilalui, MTIS kini terus berusaha untuk menyediakan pendidikan yang terbaik buat para pelajar. Kini hasilnya mula kita dapat lihat apabila 10 orang pelajar pada tahun 2020 tekah berjaya mengkhatamkan hafazan 30 juzuk.”

“Bahkan pada tahun-tahun yang lepas, beberapa pelajar MTIS telah berjaya ke peringkat kebangsaan musabaqah hafazan al Quran anjuran Tenaga Nasional Berhad. Insya Allah kita akan terus berusaha dan dikesempatan ini kita mengambil peluang mengucapkan kepada semua penyumbang-penyumbang yang telah banyak menyokong dan menghulurkan sumbangan kepada MTIS bagi membantu kami menguruskan pusat pendidikan tahfiz swasta ini.”

Pada tahun ini juga pihak MTIS kini sedang giat mengumpul dana bagi pembangunan sebuah musolla khas untuk kegunaan pelajar dan bagi kegunaan penghuni pondok moden. Pondok yang bakal dibina juga disediakn kepda mereka yang berminat untuk berwaqaf. Hulurkan sumbangan anda kepada dana pembanguna musolla kompleks tahfiz Al Istiqamah ke akaun Maahad Tahfiz Al Istiqamah : BANK RAKYAT – 110101002466 / RHB BANK – 25605300007730.