Home Artikel PAS Melaka

Covid-19 Melaka : Tiada kes baharu hari ini

310
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 30 Nov : Tiada kes baharu Covid-19 dikesan di Negeri Melaka hari ini seperti yang dilaporkan Jabatan Kesihatan Melaka di laman Telegram rasminya sebentar tadi.

Menurut laporan itu sebanyak empat kes sembuh baharu dilaporkan hari ini sementara sembilan lagi kes aktif masih dirawat di Hospital Melaka termasuk satu kes ICU.

Laporan itu juga menyatakan lapan mukim dikategorikan sebagai zon kuning hari ini iaitu mukim Belimbing (1 kes), Masjid Tanah (2 kes), Sungai Baru Ulu (1 kes), Bachang (1 kes), Balai Panjang (2 kes), Batu Berendam (4 kes), Ayer Panas (3 kes) dan Rim (2 kes).

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 1212 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Selangor pula mencatat kes tertinggi hari ini iaitu sebanyak 402 kes diikuti oleh Sabah yang mencatatkan 326 kes.

Laporan itu juga menyebut semua negeri atau wilayah merekodkan kes baharu hari ini kecuali Melaka, Terengganu dan Perlis.



Wartawan Rakyat Melaka (WARM)