Home Artikel PAS Sabah

Seminar perancangan dan pengurusan harta tarik perhatian muslimat Negeri Sabah

325
SHARE

30 November 2020
Oleh: Liyana Dahon

SABAH : Seminar Perancangan Dan Pengurusan Harta yang dianjurkan Oleh Lajnah Pembangunan Wanita dan Keluarga Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah telah berakhir dengan jayanya semalam.

Seminar yang diadakan selama lima sesi ini dijalankan secara atas talian menerusi aplikasi Google Meet dan Facebook Live dengan penglibatan peserta dalam kalangan ahli setiap kawasan di Negeri Sabah.

Seminar ini memberi pendedahan kepada semua muslimat akan kepentingan pengurusan dan perancangan harta semasa hidup dan instrument yang boleh digunakan dalam menguruskan harta.

Topik yang hangat diperbincangkan adalah Faraid, Wasiat juga Hibah yang sering kali menjadi isu dalam keluarga juga masyarakat.

Lajnah Pembangunan Wanita dan Keluarga menjemput Ust Syamsul Rizal bin Zulfatmi, Panel Rakan Mawarith Wasiyyah Shoppe sebagai penceramah kesemua sesi dan Puan Nur Fhadlinah Mohd Ariffin, Perunding Profesional Mawarith Wasiyyah Shoppe sebagai panel jemputan dalam sesi terakhir.

Pn. Norsah Bongsu, Ketua Dewan Muslimat Negeri Sabah turut memuji atas usaha murni yang dilakukan oleh penganjur memandangkan ianya ilmu yang sangat berguna kepada semua yang beragama Islam terutamanya muslimat.

“Ini adalah pengisian yang sangat bermanfaat, pertama kali dibuat. Tidak terlintas dalam fikiran saya pengisian yang akan dimasukkan dalam seminar ini. Ini adalah satu langkah proaktif dalam menambah nilai muslimat dengan info yang sangat berguna dan bermanfaat,” katanya.

Beliau juga turut mencadangankan dalam ucapannya agar seminar yang melibatkan keluarga dihadiri oleh suami kerana ketua keluarga yang banyak membuat keputusan dalam pengurusan keluarga.

Turut sama menyertai seminar tersebut adalah AJK Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah, Ketua-Ketua Muslimat Kawasan dan ahli setiap kawasan