Home Artikel PAS Pahang

YADIM Pahang: Diskusi Buku buat warga Felda

311
SHARE

30 November 2020

Penulis: Khairul Izwan

Rompin :: Program Diskusi Buku bersama warga Felda anjuran YADIM Pahang telah berjaya diadakan di sini.

Bertempat di Masjid At-Takwa Felda Keratong Empat di hadiri oleh kira- kira 100 orang hadirin.

Diskusi Buku bertajuk ‘Celupan Jarum Kecil di Lautan Ilmu Al- Quran’ telah disampaikan oleh Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Hazmi Bin Dibok.

Turut hadir adalah Pengurus Felda Keratong Empat, Mohd Razaim Bin Hussin dan Dai’e Komuniti YADIM Pahang, Ustaz Nazri Bin Ahmad.

Majlis penyampaian Watikah Sukarelawan YADIM bagi Parlimen Rompin juga telah diadakan dan di sampaikan oleh Ustaz Hazmi sendiri.

Beliau juga menyerahkan sumbangan kepada Asnaf daripada pihak YADIM.

Peserta yang hadir mengharapkan semoga program sebegini dapat diadakan lagi sesuai dengan fungsi YADIM kepada masyarakat.