Home Berita PAS Melaka

Muslimat-Srikandi Kota Melaka lawat rumah mangsa bencana ribut

363
SHARE

Oleh : Shawal Ahmad

KOTA MELAKA, 28 Nov : Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Kawasan Kota Melaka bersama Srikandi Bersatu Bahagian Kota Melaka sempat menziarahi dua buah keluarga mangsa ribut di Kampung Permatang Pasir, di sini kelmarin.

Menurut Pengerusi lajnah itu, Lenihartati Salleh, tujuan lawatan adalah untuk meninjau keadaan rumah tersebut bagi menzahirkan rasa simpati dan menghulurkan sedikit sumbangan.

Hujan lebat dan ribut yang berlaku baru-baru ini telah mengakibatkan kedua-dua buah rumah ini mengalami kerosakan di bahagian bumbung.

“Selain itu, kami juga mengambil kesempatan menyampaikan sumbangan kebajikan kepada pemilik rumah berkenaan sebagai tanda simpati daripada pihak Dewan Muslimat PAS kawasan,” tambah beliau.

Sementara itu, pemilik rumah berkenaan yang enggan disiarkan namanya berasa terharu akan kehadiran rombongan Dewan Muslimat PAS dan Bersatu Kota Melaka ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Muslimat PAS dan Srikandi Bersatu yang sudi datang dan menghulurkan sumbangan,’’ katanya.

Turut hadir Pemangku Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kota Melaka, Rohani Hassan dan Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Kota Melaka, Nor Hafizah Md Nor.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)