Home Berita PAS Perlis

PAS Perlis Serah Sumbangan Kepada Wira Negara

616
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : PAS Negeri Perlis menyerahkan sumbangan kepada dua wira negara iaitu mendiang Sarjan Baharuddin Ramli dan Sarjan Norihan dalam satu majlis ringkas yang diadakan pagi tadi.

Pesuruhjaya PAS Perlis Mohd. Shukri Ramli menyampaikan sumbangan kepada YDH. SAC. Dato’ Surina Saad, Ketua Polis Perlis bertempat di Lobi Utama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis.

Sumbangan berkenaan akan diserahkan kepada waris mendiang Sarjan Baharuddin Ramli dan Sarjan Norihan a/l Tari, mangsa kejadian tembak menembak di Tembok Sempadan (TS9) Pasukan Gerakan Am (PGA) sempadan Malaysia-Thailand.

Hadir sama dalam majlis berkenaan, Ketua Pemuda PAS Perlis Ustaz Muhammad Azmir Azizan, ADUN Guar Sanji Ustaz Mohd. Ridzuan Hashim dan Setiausaha DPPNPs Mohamad Azreen Jumri.

Mohd. Shukri yang ditemui dalam majlis berkenaan berkata sumbangan berkenaan adalah sebagai penghargaan kepada kedua-dua wira berkenaan atas khidmat dan pengorbanan yang telah dicurahkan untuk negara.

“Harapan kami, sumbangan yang tidak seberapa ini sekurang-kurangnya dapat membantu mengurangkan kesedihan anggora keluarga mereka dan kami mendoakan agar Sarjan Norihan akan segera pulih dan meneruskan khidmat untuk negara,” katanya ketika ditemui di sini.