Home Kenyataan Media PAS Wilayah

KENYATAAN MEDIA BADAN PERHUBUNGAN PAS WILAYAH PERSEKUTUAN (BPPWP)

319
SHARE

Belanjawan 2021 Belanjawan Rakyat Malaysia

  1. Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) mengikuti rapat perkembangan Belanjawan 2021 sejak mula dibacakan buat kali pertama sehingga ke hari pengundiannya di peringkat dasar semalam.
  2. BPPWP melahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas sokongan majoriti ahli Parlimen Dewan Rakyat kepada Belanjawan 2021 walaupun terdapat bantahan oleh tiga belas orang ahli Dewan Rakyat sehingga tidak perlu diadakan undi belah bahagi.
  3. Ini membuktikan kesatuan matlamat yg masih boleh diusahakan dalam kalangan pimpinan politik terutama yang melibatkan kepentingan rakyat. Rakyat juga boleh menilai betapa terdapat ahli politik yg wajar direhatkan apabila agenda politik sempit masih lagi bersarang bahkan bercanggah sesama mereka.
  4. BPPWP juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Menteri Kewangan, Dato’ Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz atas pembentangan belanjawan yang menyentuh semua aspek sehingga ke akar umbi untuk membantu rakyat mendepani krisis ekonomi dalam fasa pandemik COVID-19.
  5. BPPWP berharap agar seluruh rakyat khususnya di Wilayah Persekutuan dapat memanfaatkan belanjawan ini sebaiknya mengikut keperluan masing-masing untuk membaiki dan mengukuhkan kedudukan ekonomi masing-masing.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

‘Wilayah Sejahtera’

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP)
27 November 2020 | 11 Rabiulakhir 1442