Home Artikel PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah : Enakmen Tanah Simpanan Melayu diluluskan

426
SHARE

25 NOVEMBER 1913

PADA hari ini dalam tahun 1913, Majlis Persekutuan meluluskan Enakmen Tanah Simpanan Melayu. Enakmen ini kemudiannya diwartakan pada 1 Januari 1914 dan berkuatkuasa di seluruh Negeri Melayu Bersekutu.

Enakmen Tanah Simpanan Melayu ini mengandungi 16 fasal. Antara lain Enakmen ini menegaskan bahawa semua tanah yang diisytiharkan sebagai Tanah Simpanan Melayu, tidak boleh dijual sama sekali, disewa atau diserahkan kepada sesiapa yang bukan berbangsa Melayu.

Perlaksanaan Enakmen Tanah Simpanan Melayu diserahkan kepada tiap-tiap kerajaan Negeri. Oleh itu, tiap-tiap kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan kawasan-kawasan tertentu menjadi kawasan simpanan Melayu.

Sehingga tahun 1923, terdapat kira-kira 1,126,700 hektar atau 15.58 peratus dari keluasan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah dijadikan Tanah Simpanan Melayu.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia

Kredit sumber : Ihsan ARKIB NEGARA MALAYSIA


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)