Home Artikel PAS Melaka

Aduan rakyat : Penduduk Solok Pinang (B) rayu pembinaan saliran longkang

284
SHARE

Oleh : Ibnatdeen

TANGGA BATU, 25 Nov : Musim hujan sejak akhir-akhir ini amat membimbangkan, apabila sesetengah tempat perumahan dinaiki air dan berlaku banjir.

Begitulah kebimbangan yang disuarakan oleh seorang penduduk Kampung Pinang (B) Tanjong Kling, Melaka.

Melalui gambar dan video yang dikirim kepada pihak Wartawan Rakyat Melaka (WARM) semalam, menunjukkan kawasan sekitar rumahnya digenangi air akibat hujan berpanjangan sejak dua tiga hari yang lalu.

Mangsa terbabit, Siti Sumai Mijan memberitahu, antara faktor utama yang menyebabkan kawasan rumahnya dinaiki air adalah kerja-kerja tambakan yang dilakukan bagi pembinaan rumah di kawasan sekitar.

Jelasnya lagi, keadaan bertambah buruk apabila musim hujan tiba yang mengakibatkan air dari kawasan tambakan terbabit turun mengalir ke kawasan rumahnya.

“Disebabkan tambakan yang tinggi serta ketiadaan aliran longkang yang baik ke longkang utama sering mengakibatkan banjir setiap kali hujan berpanjangan,” ujar beliau.

Tambah beliau, setiap kali hujan, rumah akan digenangi air dan banyak barang dan peralatan di dalam rumah yang mengalami kerosakan.

Menurutnya lagi, aduan telahpun dibuat kepada pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) pada bulan Jun yang lalu, namun maklum balas yang diterima mengatakan pihak JPKK tidak mempunyai bajet yang cukup untuk membina saliran longkang di situ.

“Harap pihak berkuasa tempatan dapat melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah ini,” rayu beliau.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)