Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

TASTI terima sumbangan dari Muslim Care

297
SHARE
25 November 2020
 
KUALA LUMPUR: Sejak negara dilanda pandemik Covid-19, banyak institusi pendidikan swasta telah terjejas. Taman Asuhan Tunas Insan (TASTI) juga antara institusi pendidikan yang tidak terlepas daripada masalah ini.
 
Awal November ini, Dewan Muslimat PAS Malaysia telah melancarkan rayuan sumbangan melalui laman rasmi facebook milik TASTI. Rayuan sumbangan ini untuk meringankan beban yang ditanggung oleh pengurusan TASTI diseluruh Malaysia.Terdapat kira-kira 33 buah TASTI dengan jumlah kakitangan sebanyak 115 orang.
 
Rayuan kutipan itu telah menarik perhatian Muslim Care Malaysia Society atau MCM untuk turut memberi sumbangan. Semalam, MCM telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM5000 kepada TASTI yang disampaikan kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, YB Senator Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh di Pejabat Dewan Muslimat PAS Malaysia, Kuala Lumpur.
Replika Cek bernilai RM5000 diserahkan oleh Pengeruai MCM Tuan Haji Zulkifli bin Wahijan kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang yang secara kebetulan berada di Pejabat Dewan Muslimat sempena pertemuan bersama kepimpinan Harian Dewan Muslimat.
 
Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Muslim Care Malaysia Society atas keprihatinan untuk membantu meringankan beban pengurusan TASTI.
 
TASTI merupakan salah satu institusi pendidikan awal kanak-kanak yang direalisasikan oleh Dewan Muslimat PAS Pusat di bawah Lajnah Pembangunan Keluarga dan Wanita dalam membentuk generasi muda yang berkualiti dan bertaqwa seawal usia 6 bulan.
 
Orang ramai yang ingin menyumbang kepada pihak TASTI boleh rujuk laman rasmi TASTI di facebook atau boleh terus menghubungi Dr Che Faridah Ismail di talian 0139606242 (wasap.my/60139606242)
 
oleh : Widadi Rosdan