Home Artikel PAS Melaka

KM Melaka serah sumbangan pesakit buah pinggang

177
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 20 Nov : Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali hari ini menyerahkan sumbangan kepada seorang pesakit buah pinggang, Muhammad Faiz Aiman Saifulnizam, 18, yang diwakilkan oleh bapanya, Saifulnizam Arifin, di Pejabat Ketua Menteri di Seri Negeri, Ayer Keroh pagi tadi.

“Sumbangan wang tunai RM10,000 oleh Melaka Bekal Sdn Bhd ini adalah bagi menampung sebahagian daripada kos pembedahan pemindahan buah pinggang Muhammad Faiz Aiman yang dijadualkan di Hospital Kuala Lumpur, bulan depan.

“Saya mendoakan kesejahteraan hidup anak muda, Muhammad Faiz Aiman, seterusnya akan kembali sembuh. Insya-Allah,” ujar Ketua Menteri Melaka itu.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Melaka Bekal Sdn Bhd, Fairul Nizam Roslan dan Ketua Pegawai Operasi (COO) Melaka Bekal Sdn Bhd, Hasnoul Hisham Mat Hasim.

Beliau menyatakan perkara ini di dalam satu hantaran Facebook rasmi beliau tengahari tadi.

Kredit foto : Facebook rasmi Ketua Menteri Melaka.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)