Home Berita PAS Melaka

Tahniah! FB State Of Melaka tutup! – PJ PAS Melaka

1751
SHARE

 

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 20 Nov : Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek tengahari tadi mengucapkan tahniah kepada semua yang membantu membuat laporan polis sehingga laman Facebook State Of Melaka telah ditutup.

“Pagi ini, saya dimaklumkan page Melaka State (https://www.facebook.com/StateOfMelaka/) tidak boleh diakses.

“Sama ada Facebook sudah block atau pun mereka tutup page tersebut.

“Tahniah dan terima kasih semua rakyat Malaysia yang bantu membuat report sama ada kepada pihak Polis atau pun Facebook.

“Tolak politik fitnah seperti ini, dan mesti dijauhkan!” ujar beliau dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi beliau tengahari tadi.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)