Home Artikel PAS Melaka

Ustaz Imran ziarah Adun Kuala Linggi

461
SHARE

Oleh : Zul Sham Mahat

MASJID TANAH, 18 Nov : Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abd Rahman telah menziarahi Adun Kuala Linggi, YB Datuk Wira AR Ismail Othman di pejabat Adun tersebut di Japerun DUN Kuala Linggi di sini hari ini.

Kunjungan itu dilakukan bagi bertanya khabar terhadap kondisi Adun itu yang telah yang selamat menjalani pembedahan lutut di Mahkota Medical Centre baru-baru ini.

Menurut Ustaz Imran di samping menziarahi YB Ismail, mereka juga dapat bertukar-tukar fikiran sambil bekerja sama menyelesaikan masalah penduduk setempat dan dapat mengukuhkan lagi Muafakat Nasional.

Turut sama menziarah ialah Pengerusi MTD PAS Kuala Linggi, Ustaz Azmi Sambul bersama-sama AJK yang lain di Japerun DUN Kuala Linggi.

Adun Kuala Linggi itu telah selamat menjalani pembedahan lutut dan dibenarkan pulang beberapa hari yang lepas.

Ziarah ini dibuat sejurus selepas Ustaz Imran selesai menziarahi dan menghulurkan bantuan mangsa ribut di Taman Kuala Permai Kuala Sungai Baru.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)