Home Berita PAS Melaka

Ribut melanda Taman Permai Kuala Sungai Baru – beberapa kediaman rosak

653
SHARE

Oleh : Zul Sham Mahat

MASJID TANAH, 18 Nov : Ribut yang melanda Taman Permai Kuala Sungai Baru pada pukul 5.30 petang semalam mengakibatkan tiga buah rumah rosak.

Menurut seorang mangsa ribut, Saharudin Sharif, 49, rumah beliau adalah yang paling teruk rosak dilanda ribut tersebut.

Manakala seorang lagi mangsa ribut, Rosli Ibrahim 49, menyifatkan beliau sebagai bernasib baik kerana ribut itu tidak sampai ke rumah beliau.

“Mujur ribut yang datang tu
berhenti tiba-tiba bila sampai ke rumah saya dan rumah sebelah. Kalau tidak lagi teruk rumah kami kena” ujar beliau lega.

Sementara itu beberapa orang pimpinan PAS antaranya Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abd Rahman, dan Pengerusi MTD PAS Kuala Linggi, Ustaz Azmi Sambul telah turun menziarahi mangsa ribut berkenaan.

Selain meninjau keadaan mangsa, Ustaz Imran dan Ustaz Azmi turut menghulurkan sumbangan bagi meringankan sedikit beban yang dihadapi oleh mangsa.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)