Home Berita PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah : Persidangan pertama jemaah menteri Persekutuan

424
SHARE

18 NOVEMBER 1959

PADA hari ini dalam tahun 1959, buat pertama kalinya Jemaah Menteri Persekutuan Tanah Melayu telah bersidang sesudah negara mencapai kemerdekaan.

Persidangan kali pertama ini telah dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra.

Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia pertama

Perkara-perkara penting yang diperbincangkan dalam persidangan tersebut ialah mengenai belanjawan negara bagi tahun 1960.

Daripada belanjawan tersebut, sejumlah $250 juta telah diperuntukkan bagi usaha-usaha pembangunan yang meliputi bidang ekonomi, projek-projek kemasyarakatan dan juga untuk angkatan perang.

Peruntukkan tersebut juga meliputi rancangan pembangunan, pelajaran, jalan raya, elektrik, kesihatan dan perumahan.

Dalam persidangan Jemaah Menteri pada hari ini juga, satu kementerian baharu telah dibentuk iaitu Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Manakala Kementerian Hasil-Hasil Bumi pula telah disatukan di bawah kementerian tersebut yang diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak.

Persidangan Pertama Jemaah Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada hari ini dalam tahun 1959, telah membawa beberapa perubahan dan penyusunan dalam jemaah menteri.

Kredit sumber : Ihsan ARKIB NEGARA MALAYSIA


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)