Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka : 4 kes baharu Kluster Berendam

666
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 18 Nov : Empat kes baharu Covid-19 jangkitan tempatan direkodkan di Negeri Melaka hari ini semuanya di bawah Kluster Berendam seperti dilaporkan Jabatan Kesihatan Melaka melalui satu hantaran di laman Telegram rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Mengikut laporan itu lagi, daripada empat kes itu, dua daripadanya adalah daripada saringan kontak rapat berumur 28 dan 31 tahun dikesan di Mukim Batu Berendam sementara dua lagi adalah daripada saringan kontak rapat berumur 18 dan 55 tahun dikesan di Mukim Rim.

Empat kes sembuh baharu dilaporkan di Melaka hari ini sementara 48 kes aktif masih dirawat di Hospital Melaka dengan dua daripadanya adalah kes ICU.

13 mukim masih berada dalam kategori Zon Kuning iaitu Durian Tunggal (3), Klemak (1), Ayer Molek (9), Balai Panjang (1), Batu Berendam (21), Bukit Katil (3), Bukit Rambai (1), Cheng (1), Tanjung Minyak (1), Ayer Panas (1), Chohong (1), Merlimau (10) dan Rim (3).

Terdapat penyusutan dalam kes baharu seluruh negara hari ini dengan 630 kes direkodkan hari ini dengan Sabah masih merekodkan kes tertinggi dengan 387 kes.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)