Home Artikel PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah : Pengisytiharan pentadbiran Inggeris di Selangor

433
SHARE

18 NOVEMBER 1874

PADA hari ini 18 November 1874, Kerajaan Inggeris di Negeri-negeri Selat telah mengumumkan Negeri Selangor diletakkan di bawah naungan Inggeris.

Peluang British untuk campur tangan di Selangor ini bermula dengan peristiwa penyerangan ke atas rumah api di Tanjung Tuan yang telah didirikan oleh Kerajaan Inggeris. Gabenor Andrew Clarke mengambil kesempatan ini sebagai jalan untuk menghidupkan pengaruh British di Selangor.

Almarhum Sultan Abdul Samad

Lord Kimberley, Setiausaha Negeri bagi Tanah Jajahan British telah menulis surat kepada Andrew Clarke menyatakan Tengku Kudin pernah meminta bantuan Inggeris untuk menyelesaikan pergaduhan-pergaduhan di dalam negeri Selangor.

Jika Inggeris tidak dapat memberi pertolongan beliau akan meminta bantuan daripada kuasa-kuasa Eropah yang lain. Ini juga dianggap sebagai satu peluang bagi Clarke untuk campur tangan di Selangor.

Dalam pada itu satu lagi serangan telah berlaku di Kuala Labu, dalam daerah Langat. Clarke nengambil kesempatan menghantar Frank Swettenham sebagai penasihat kepada Sultan Abdul Samad untuk mengamankan Selangor.

Frank Swettenham

Dalam bulan Oktober 1874,di atas desakan Frank Swettenham akhirnya Sultan Abdul Samad terpaksa mengutus surat kepada Andrew Clarke supaya Selangor dimasukkan ke bawah naungan Inggeris.

Setelah menerima kuasa daripada Setiausaha Negeri bagi Tanah Jajahan British maka pada hari ini dalam tahun 1874, pengisytiharan itu telah dibuat dan bermulalah penguasaan Inggeris di Selangor.

Kredit sumber : Ihsan ARKIB NEGARA MALAYSIA


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)