Home Berita PAS Melaka

Bawa tukang urut bantu ahli PAS strok sebelah badan

642
SHARE

Oleh : Kamil Saufee

TANGGA BATU, 17 Nov : “Seperti yang telah dijanjikan dalam siri program ziarah JPrD Paya Rumput yang lepas, hari ini telah kita tunaikan dengan membawa tukang urut bagi memberi khidmat urut seorang ahli PAS yang strok sebelah badan.

“Pesakit, Muharam Tamby Chik yang tinggal di Kampung Ladang, Krubong telah menderita sakit strok sebelah badan selama tiga tahun”.

Menurut Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Rafie Ahmad, meskipun bantuan ini pada pandangan sesetengah pihak sebagai ‘tidak seberapa’, namun bagi pihak PAS Kawasan, walaupun kecil, akan tetap ditunaikan janji ini.

“Inilah pentingnya program ziarah yang diadakan kerana kita dapat mendekati golongan yang memerlukan dan di samping kita dapat mendengar rintihan mereka kita juga dapat membantu mereka mengikut kemampuan yang kita ada,” tambahnya mengakhiri ucapan.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan ziarah susulan kepada keluarga Muharam di Kampung Ladang, Krubong pagi tadi.

Untuk rekod, pesakit ini juga mempunyai seorang isteri yang tidak bekerja dan seorang anak berstatus OKU.