Home Berita PAS Perlis

Kuarantin Kendiri Jika Pulang Ke Perlis

937
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

ARAU : Individu yang pulang ke Perlis dari luar negeri ini diminta agar mematuhi arahan kuarantin kendiri yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

ADUN Guar Sanji Ustaz Mohd. Ridzuan Hashim berkata, ini bagi mengelakkan sebarang risiko penularan wabak Covid-19 di negeri ini yang menjadi antara negeri yang masih belum dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Selain Kelantan dan Pahang, Perlis juga antara negeri yang masih belum dikuatkuasakan PKPB, justeru saya amat berharap agar status ini dapat sama-sama kita kekalkan demi kebaikan kita bersama.

“Oleh itu, saya menyeru mana-mana rakyat negeri ini yang yang pulang dari luar negeri ini agar dapat mematuhi arahan kuarantin seperti yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

“Mereka juga diminta menghubungi Bilik Gerakan Pusat Kesihatan Kangar di talian 04-9766317 untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini pagi ini.

Jelasnya lagi, memandangkan Perlis merupakan sebuah negeri yang kecil, sebarang penularan Covid-19 boleh mendatangkan keresahan dalam kalangan rakyat negeri berkenaan.

Justeru beliau turut meminta semua rakyat di negeri ini agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar status negeri ini dapat dikekalkan.

“Saya yakin kita semua tidak sanggup lagi untuk hidup dalam suasana PKPB seperti sebelumnya,” ujarnya.