Home Artikel PAS Melaka

Gotong-royong bersih kawasan perkuburan satukan penduduk kampung

469
SHARE

Oleh : Zulsham Mahat

MASJID TANAH, 8 Nov : Gotong-royong penduduk Kampung Sungai Tuang di kawasan perkuburan baharu semalam telah berjaya menyatukan penduduk kampung tanpa mengira fahaman politik.

Gotong-royong ini adalah anjuran Jawatankuasa Masjid Aminin bersama dengan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Zaidi Mostafa

Salah seorang penduduk kampung yang menyertai program ini, Zaidi Mostafa, 50, berkata program yang bermanfaat sebegini memang patut diteruskan.

“Ia demi untuk kebaikan kampung ni. Di samping tu dapat mengekalkan lagi kebersihan kampung. Malah sarang babi hutan dapat dibersihkan” ujar beliau lagi.

Pengerusi Masjid Aminin, Haji Ridzuan Taib

Sementara itu Pengerusi Masjid Aminin, Haji Ridzuan Taib, 69, menzahirkan ucapan terima kasih kepada penduduk kampung yang hadir menyertai gotong-royong ini.

“Insya-Allah program yang sama dan seumpamanya akan diteruskan dari semasa ke semasa demi untuk kesepakatan bersama.” ujar beliau.

Turut hadir dalam gotong royong ini ialah Pengerusi JPKK Haji Hanapiah Taib.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)