Home Berita PAS Melaka

“Kunjungan pimpinan PAS beri semangat pada saya” Ustaz Abdul Halim

677
SHARE

Oleh : Ibnu Janie
Foto : Abu Anas

TANGGA BATU, 4 Nov : “Kunjungan ini dapat memberi semangat pada diri saya sendiri. Sebab keadaan saya yang telah dipotong kaki sehingga ke paha.”

Demikian dinyatakan mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Halim Maidin ketika menerima kunjungan Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek bersama-sama dengan pimpinan PAS Perhubungan dan Kawasan Tangga Batu di kediaman beliau di Taman Sri Tanjung, Kampung Gelam, di sini, pagi semalam.

Ustaz Abdul Halim yang terharu dengan kunjungan itu menzahirkan ucapan terima kasih atas tanda ingatan daripada rakan-rakan pimpinan di peringkat Badan Perhubungan PAS Melaka dan PAS Kawasan Tangga Batu itu.

“Jadi keadaan ini mungkin akan mengubah norma baru dalam hidup saya dan pergerakan dalam perjuangan saya dalam parti ini.” ujar beliau.

Ketika diminta untuk memberikan nasihat untuk anak-anak muda yang aktif di dalam perjuangan PAS ini nasihat beliau:

“Saya harap sahabat-sahabat kita terutama di kalangan anak-anak muda ini jadi iktibar dalam perjuangan kita. Kita kena ada semangat baru. Dan saya insya-Allah, saya takkan berhenti daripada perjuangan ini walau pun pergerakan saya terhad.

“Saya berharap pada semua mendoakan saya sembuh, sihat. Suatu benda (perjuangan PAS) yang mesti kita teruskan.

“Dan bagi mereka jangan berputus asa, kena istiqamah dan terus memberi sumbangan pada parti kita.” kata Ustaz Abdul Halim mengakhiri temubual beliau dengan Wartawan Rakyat Melaka (WARM).

Ustaz Abdul Halim, 61, pada Khamis malam 22 Oktober lepas telah melalui satu pembedahan di Hospital Melaka bagi membuang sebahagian kaki kiri beliau sehingga ke paras paha akibat daripada penyakit kencing manis yang dihidapi beliau.

Kunjungan ini turut disertai Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Haji Bakri Jamaluddin, bersama beberapa orang pimpinan daripada Badan Perhubungan PAS Melaka dan PAS Kawasan Tangga Batu.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)