Home Artikel PAS Melaka

PASTI Assyafie pupuk cinta Rasul

304
SHARE

Oleh: Abu Harith

KOTA MELAKA, 31 Okt: Sempena sambutan Maulidur Rasul, PASTI Assyafie telah menganjurkan pelbagai aktiviti menarik bagi menanam rasa cinta kepada Rasul bagi anak-anak PASTI.

Sambutan yang diadakan premis PASTI di Taman Seri Telok Mas itu semalam diisi dengan aktiviti-aktiviti seperti alunan selawat, bercerita kisah-kisah nabi, mewarna nama Nabi Muhammad SAW dan semua pelajar digalakkan memakai pakaian yang cantik-cantik.

“Program yang dirancangkan khas ini antara objektifnya adalah untuk memupuk rasa cinta kepada Rasul, mendidik kesedaran tentang pentingnya berselawat dan melatih pelajar berani untuk melakukan aktiviti di luar kelas”. Ujar guru kelas enam tahun, Rohana Syafii.

Manakala, guru kelas lima tahun, Norfisah Razali, pula sangat berpuas hati dengan penganjuran program ini kerana pelajar menunjukkan rasa minat yang tinggi dan bersungguh-sungguh apabila beraktiviti sesama mereka.

Program itu diakhiri dengan jamuan makan yang telah disumbangkan oleh ibu bapa bagi meraikan semua pelajar yang terlibat.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)