Home Berita PAS Melaka

Melaka Indah : Jangan ambil jika jumpa anak penyu – Pengawal Pantai Pengkalan Balak

761
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 26 Okt : Pengunjung-pengunjung ke Pantai Pengkalan Balak diingatkan agar tidak mengambil atau membawa pulang jika terjumpa anak penyu ketika sedang mandi-manda atau berkelah di sini.

Demikian teguran yang dibuat oleh seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Tan Boon Han ketika ditemubual Wartawan Rakyat Melaka (WARM) di sini semalam.

Beliau yang juga merupakan pengawal pantai yang bertugas di situ sebelum itu dilihat menegur sebuah keluarga yang sedang berkelah yang menemui seekor anak penyu ketika sedang mandi-manda.

Menurut Tan ini adalah kali kedua dia berhadapan dengan kejadian penemuan anak penyu oleh orang ramai yang mengunjungi pantai itu.

“Kemungkinan besar anak-anak penyu yang dilepaskan oleh Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Karah Padang Kemunting berhampiran dengan sini. Biasanya jika ada ombak kuat boleh menolak anak-anak penyu ini ke pantai semula.

“Kita harap orang awam yang jumpa penyu yang sesat ini boleh serah semula pada kita atau serahkan terus ke pusat konservasi penyu itu.” ujar Tan.

 

Beliau juga menunjukkan catatan dan laporan yang dibuat bagi setiap kes penemuan-penemuan anak penyu di sepanjang pantai itu.

“Kita kena ingat, penyu ni bukan semua tempat ada. Tempat macam ni (konservasi penyu) boleh tarik lebih ramai pelancong, kanak-kanak, boleh datang tengok penyu ni macam mana. Setakat ni ada di Melaka dan Terengganu.

“Itu sebab benda ni kita kena kawal. Kalau kita tak kawal makin hari makin kurang. Pantai ni kena bersih. Kalau orang buang sampah kita kena tegur. Jangan buang sampah.

“Ini pencemaran. Kalau ini berlaku seperti berlaku tumpahan minyak di Sungai Tuang baru-baru ini banyak agensi akan terlibat untuk pembersihan. Kita kena bersih. Baru penyu boleh hidup.”

Beliau juga berharap ibu bapa perlu ada rasa tanggungjawab untuk menegur anak-anak mereka yang menemui anak penyu dan menjelaskan kepada mereka bahawa ia bukan sesuatu yang boleh diambil atau dibawa pulang.

Tan ketika ditemubual Wartawan


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)