Home Artikel PAS Selangor

“Yang itu orang panggil “past” apa? “Dewan Ulama PAS” – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Keyboard Setiausaha DPPN Selangor

755
SHARE

Oleh : Ustaz Hanif J

Nakal Mael Totey.

Terbaik filem ini sarat dengan pengajaran yang baik, dalam lucu ada pengajaran yang berkisar dengan kehidupan harian kita.

Asif dan Yoe Parey memang tidak mengecewakan, punchline masuk tepat pada waktunya. Boleh la beli di astro first RM15 je. Kita bantu filem anak tempatan.

Ok bagi yang belum tahu apakah Dewan Ulama PAS yang disebut oleh Mael Totey dalam filem ni,

Parti Islam Semalaysia PAS mempunyai 4 sayap yang membantu perjalanan gerakan Islam ini.

  1. Dewan Ulama PAS : dianggotai oleh para Ulama dan Asatizah yang mempunyai keilmuan yang tinggi dengan kepelbagaian bidang kelulusan keagamaan.
  2. Dewan Pemuda PAS : Dianggotai oleh para pemuda bermula dari umur aqil baligh sehingga umur 40 tahun. Menggerakkan segala aktivti dakwah anak muda dan remaja.
  3. Dewan Muslimat PAS : Dianggotai oleh para wanita @ Muslimat di setiap lapisan umur. Mempunyai satu entiti khas melaksanakan dakwah para remaja perempuan iaitu Ameerah.
  4. Dewan Himpunan Pendokong PAS : Dianggotai oleh sahabat-sahabat Non Muslim yang berminat untuk bersama dengan perjuangan PAS. Sangat positif dengan memberikan kefahaman kepada non muslim yang lain bahawa PAS adalah untuk semua.

Kesemua dewan ini berperanan dalam menyampaikan dakwah yang dibawa oleh Parti Islam Semalaysia PAS.

Ok jom sambung tengok Mael Totey insyaAllah nanti saya review lagi apa yang menarik dalam filem ini.

Hanif J
Anak muda sayang Islam

Muhammad Hanif Jamaluddin
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor