Home Berita PAS Melaka

SRITI An-Najah dipecah masuk : Pihak sekolah rayu tajaan pemasangan jeriji besi

1631
SHARE

 

Oleh : Siti Hajar

HANG TUAH JAYA, 20 Okt : Malang tidak berbau apabila Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) An Najah, Bukit Katil telah dimasuki pencuri dipercayai berlaku malam semalam.

Menurut Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SRITI An Najah, Muinuddin Mustafa, 29, kejadian hanya disedari pada jam 7.10 pagi hari ini oleh seorang guru yang hadir untuk bertugas di bilik guru.

“Kerugian dianggarkan mencecah ribuan ringgit termasuk sebuah komputer riba yang berharga RM1500 yang turut hilang.

“Laporan polis sudah pun dibuat jam 9.15 pagi di Balai Polis Ayer Keroh.”, jelas beliau kepada Wartawan Rakyat Melaka (WARM).

Berikutan itu, pihak sekolah merayu sumbangan dana untuk pemasangan jeriji besi keselamatan supaya dapat menjamin keselamatan warga sekolah dan mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku lagi pada masa akan datang.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun rasmi sekolah CIMB BANK ISLAMIK (Sriti An Najah) yang bernombor 8603304328 serta maklumat lanjut boleh dihubungi melalui talian 06-2312873.

Kredit foto : Facebook Sriti An Najah

 


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)