Home Artikel PAS Selangor

Isu Air di Selangor : Kemelut Yang Tidak Pernah Berkesudahan – Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor | DMPNS

280
SHARE

Oleh : Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

  1. Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) memandang serius terhadap isu air yang terpaksa ditanggung rakyat Selangor. Permasalahan air pada tahun ini terlalu kerap berulang dalam tempoh yang singkat dan tambahan lagi rakyat berada di waktu PKPB di mana majoriti berada di rumah dan keperluan air meningkat.
  2. Selangor sebagai negeri termaju dan industri paling pesat masih gagal dalam memastikan bekalan asas seperti air tidak menggangu aktiviti domestik dan ekonomi harian.
  3. DMPNS mendesak siasatan lengkap dan menyeluruh serta hukuman berat terhadap individu atau kumpulan terlibat terutamanya isu pencemaran yang terbaru di Loji Rawatan Air Rantau Panjang dan Sungai Selangor Fasa 1,2 dan 3
  4. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Menteri Alam Sekitar dan Air YB. Dato’ Seri Tuan Ibrahim bin Tuan Man yang telah turun padang meninjau keadaan air di Selangor.
  5. Besar harapan kami rakyat Selangor agar kemelut ini dapat diselesaikan segera dan tidak akan berulang lagi sekurang-kurangnya sehingga hujung tahun ini.

“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”

Ustazah Hjh Wan Hasrina Bt Wan Hassan
Ketua
Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
20 Oktober 2020 / 3 Rabiulawal 1442H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor