Home Berita PAS Selangor

YB Senator Ustazah Nuridah Saleh Ketuai Munajat AKIFI Muslimat Gombak – Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Kawasan Gombak

580
SHARE

Oleh : Muslimat PAS DUN Sungai Tua

Gombak, Selangor | 11 Oktober 2020

Muslimat Halwa DUN Sungai Tua meneruskan gelombang Munajat AKIFI bertempat di Surau Al-Abrar, Taman Selayang, pagi ini.

Munajat yang diketuai oleh Ketua Muslimat PAS Malaysia, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh ini mendapat penyertaan seramai 50 Muslimat dari DUN Sungai Tua.

Aturcara majlis yang dimulai dengan Solat Dhuha, Solat Hajat berjemaah, bacaan Yaasin serta munajat ini diakhiri dengan taujihat dari YB Senator Ustazah Nuridah.

Beliau berpesan, fahami dan hayatilah setiap lafaz dalam zikir munajat serta solat kita, bagi memastikan kita beroleh ibadah yang khusyu’ dan dapat menghayati setiap maksud ayat suci Al-Qur’an yang dilafazkan.

Pihak penganjur merakamkan setinggi penghargaan kepada YB Senator, Jawatankuasa Surau Al-Abrar serta seluruh Muslimat Dun Sungai Tua yang menjayakan majlis hari ini. Semoga doa dan hajat kita diperkenan serta diterima Allah. Aameenn.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor

#HalwaDunSungaiTua
#MalaysiaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan