Home Berita PAS Melaka

Covid-19 : Satu lagi kes baharu di Melaka hari ini

959
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 8 Okt : Laman Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Melaka sebentar tadi melaporkan satu lagi kes baharu telah direkodkan di negeri Melaka hari ini.

Mengikut Jabatan Kesihatan Melaka kes terbaru ini dikategorikan sebagai kes saringan kemasukan pekerjaan yang dikesan di Mukim Tanjung Keling, Daerah Melaka Tengah menjadikan keseluruhan tujuh kes aktif telah direkodkan di Negeri Melaka setakat ini.

Tambah laporan itu, enam lagi kes aktif ialah masing-masing satu kes di Mukim Bukit Katil, Masjid Tanah, Ramuan China Kecil dan Sungai Baru Ulu sementara dua lagi kes di Mukim Merlimau.

Ini merupakan kes ketiga direkodkan bagi bulan Oktober setakat ini selain masing-masing satu kes direkodkan pada 1 dan 5 Oktober lepas.

Secara keseluruhan sebanyak 375 kes baharu direkodkan di seluruh Malaysia hari ini menurun sedikit daripada 489 kes yang direkodkan semalam.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)