Home Artikel PAS Perak

Anak Muda Tonggak Perjuangan | Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib

225
SHARE

Image may contain: 3 people, people standing and indoorAnak muda adalah tonggak utama perjuangan dan pembangunan Negara.

Jika ingin melihat masa depan Agama dan Negara, maka lihatlah anak muda yang ada.

Tahniah kepada Saudara Muhammad Azim Bin Yahaya, yang selesai menamatkan tempoh praktikal di Pusat Khidmat PAS Kawasan Parit, Bota Kanan.

Anak muda yang rajin dan begitu cekap membantu segala gerak kerja di Pusat Khidmat tersebut.

Bagi pihak PAS Kawasan Parit mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Azim atas khidmat yang diberikan, dan semoga diberikan ganjaran yang baik atas segala bakti dan budi.

Juga didoakan agar terus cemerlang dalam baki tempoh pengajian yang ada seterusnya meneruskan kerjaya di masa depan.

Kepada Saudara Muaz Bin Alias yang akan menggantikan Saudara Azim, juga diucapkan terima kasih, dan semoga dapat meneruskan khidmat dengan jayanya.

Siiru ‘Ala Barakatillah…

Ustaz Hj Muhammad Ismi Bin Hj Mat Taib,
Yang DiPertua PAS Kawasan Parit.