Home Berita PAS Selangor

Takziah Atas Pemergian YBhg. Datuk Paimuzi Yahya – Perutusan Khas Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

603
SHARE

Oleh : Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

8 Oktober 2020 l 20 Safar 1442

  1. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham YBhg. Datuk Paimuzi Yahya, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) atas pemergian Allahyarham sebentar tadi.
  2. Pastinya khidmat Allahyarham selama ini dalam mana-mana agensi agama Islam di Malaysia ini khususnya diterima oleh Allah dan sangat memberikan kesan yang bermanfaat pada agama, ummah dan negara.
  3. Selaku umat Islam, marilah kita sama-sama mendoakan ke atas Allahyarham agar diampuni dosanya oleh Allah dan ditempatkan kalangan hamba-hambaNya yang solih.

اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه

Memimpin Negara
Pemuda Bangkit Demi Islam

Ustaz Hanafi bin Zulkapli
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor