Home Artikel PAS Melaka

Ustaz Imran hadiri kenduri Bersatu Masjid Tanah

449
SHARE

Oleh : Adam Baba

MASJID TANAH, 29 Sept : Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman telah menghadiri program kenduri anjuran Bersatu Bahagian Masjid Tanah bertempat di kediaman Timbalan Ketua Bahagiannya, Nazri Ramli di Kampung Pulau, di sini kelmarin.

Ustaz Imran yang juga Timbalan Pesuruhjaya-2 PAS Melaka ketika ditemubual Wartawan Rakyat Melaka (WARM) di dalam program itu berkata PAS Kawasan Masjid Tanah sentiasa komited untuk menyokong segala aktiviti yang dijalankan oleh mana-mana parti dalam Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

Sementara itu Ketua Bersatu Bahagian Masjid Tanah, YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Samsudin dalam ucapannya pula mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh PAS terhadap program-program anjuran Bersatu.

Beliau turut menekankan kepentingan agar PN dan MN diperkasakan dalam menghadapi pilihanraya umum yang mungkin berlaku pada bila-bila masa.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu dari Perak iaitu rombongan dari Bersatu Bahagian Gopeng dipimpin Ketua Bahagiannya Ahmad Ishak.

Turut hadir di dalam program ini ialah Pengarah JPrD PAS Dun Tanjung Bidara, Rohizan Abdul Rahman dan Setiausaha Cawangan PAS Kampung Pulau, Khairul Salleh.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)