Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Tahniah Pelantikan Ketua Menteri Sabah

384
SHARE

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI KETUA MENTERI SABAH

Selepas lebih 24 jam berteka-teki siapa yang akan menjadi Ketua Menteri Sabah, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akhirnya bersepakat untuk memilih Ketua Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Mohd Noor sebagai Ketua Menteri.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Hajiji Haji Mohd Noor atas pelantikan tersebut. Tidak lupa juga, ucapan tahniah turut ditujukan kepada seluruh barisan kabinet menteri Sabah yang telah dilantik.

Dewan Muslimat PAS Malaysia mendoakan segala urusan dalam mentadbir kerajaaan negeri akan dipermudahkan dan dapat menunaikan tanggungjawab dan amanah ini dengan sebaik mungkin.

#IslamMemimpinPerpaduan
#MuafakatNasional

YB Senator Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia

11 Safar 1442

29 September 2020