Home Artikel PAS Pahang

‘Road Tour’ Temerloh yakinkan ahli ke medan PRU15

303
SHARE

TEMERLOH: PAS Kawasan Temerloh terus memperkemaskan ‘Road Tour’ Pemerkasaan PAS Cawangan-cawangan dengan mengadakan jelajah di semua Cawangan pentadbirannya yang telah dilaksanakan sejak 7 Ogos lepas.

Setakat ini, sebanyak 60 Cawangan telah selesai dilawati secara bersepadu mengikut kumpulan pimpinan yang telah dibahagikan kepada keseluruhan 73 Cawangan di mana siri kali ini dijangka selesai pada awal Oktober ini.

Menurut Yang DiPertua PAS Temerloh, Yusuf Darus, program ini bertujuan mengukuhkan kekuatan organisasi dan membangkitkan semangat ahli-ahli sebagai pemerkasaan PAS, sekali gus menunjukkan kesediaan PRU15.

Antara diberi penekanan pada lawatan adalah mengenai pertambahan keahlian baharu, mempergiatkan pendaftaran pemilih dan memastikan struktur organisasi dalam keadaan tersusun serta berperancangan gerak kerja.

Lawatan yang dilaksanakan secara mingguan mengikut giliran ini telah menyaksikan bahawa semua PAS Cawangan telah berada dalam kesiapsiagaan tertinggi untuk menghadapi PRU15 dengan kekurangan sedia ada juga diatasi.

Kata Yusuf, beliau berharap agar PAS Cawangan-cawangan lebih fokus pada gerak kerja yang telah diaturkan dalam membantu mengukuhkan lagi kekuatan seterusnya memperkasakan PAS Temerloh.

Penulis: Zakiah
– HARAKAHDAILY 29/9/2020
https://harakahdaily.net/index.php/2020/09/29/road-tour-temerloh-yakinkan-ahli-ke-medan-pru15/