Home Berita PAS Melaka

DMPNM lancar jentera pilihanraya muslimat peringkat Negeri Melaka

859
SHARE

Oleh : Ibnatdeen

TANGGA BATU, 27 Sept- Jabatan Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Melaka telah melancarkan jentera pilihanraya muslimat peringkat Negeri Melaka yang berlangsung di Dewan Darul Ta’alim di sini, pagi tadi.

Pelancaran jentera pilihanraya ini telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Pusat, Noraini Hussin di mana acara memotong bunting program ‘Sederap Langkah, Melaka Sejahtera’ dilakukan sebagai simbolik perasmian selepas selesai ucapan perasmian.

Turut berucap di dalam majlis ini ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Aziah Saad dan Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Melaka, Bahiki Ismail.

Antara yang mencuri perhatian di dalam majlis itu adalah gimik penyerahan bendera PAS kepada Pengarah Jabatan Pilihanraya Muslimat Kawasan-kawasan sebagai simbolik pengaktifan jentera pilihanraya muslimat kawasan-kawasan di seluruh negeri Melaka.

Sebagai bekalan memperkukuh gerak kerja muslimat, pihak jawatankuasa program juga telah menjemput Ustaz Sheikh Faisol Sheikh Mohammad bagi menyampaikan taujihat berkaitan aqidah dan perjuangan.

Majlis pelancaran tersebut telah berjaya mengumpulkan hampir 120 orang Muslimat PAS dari seluruh Negeri Melaka yang terdiri dari pelbagai lapisan umur dan entiti di bawah PAS.

Turut hadir di dalam majlis ini ialah Pengarah As-Sabiqun Melaka yang juga merupakan Setiausaha PAS Kawasan Tangga Batu, Hassan Md Dahan.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)