Home Artikel PAS Sabah

PAS Lahad Datu Terus Bantu “Frontliners” COVID-19.

386
SHARE

27 September 2020
Oleh : Yusrizal Baco

LAHAD DATU : PAS Lahad Datu menyerahkan sumbangan kepada petugas COVID-19 hari ini melalui program Untukmu Lahad Datu 3.0 di Hospital Lahad Datu.

Antara bantuan yang disumbang oleh PAS Lahad Datu adalah pemanas air, vitamin c, minuman kotak dan beberapa barangan keperluan lain.

Penyerahan sumbangan itu diketuai oleh En.Nizam Latuah, Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Lahad Datu.

Beliau berkata ” Sumbangan ini merupakan sumbangan kali ketiga kepada petugas COVID-19 melalui program Untukmu Lahad Datu yang telah dijalankan sejak PKP yang lalu.”

Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penderma yang sudi menyumbang bagi meringankan beban para “frontliners” kita.

Turut hadir sama beberapa ahli pimpinan PAS Lahad Datu bagi menyampaikan sumbangan tersebut.

Sumbangan telah disampaikan pada pukul 3.30 petang dan selesai pukul 4.00 petang tadi.