Home Berita PAS Selangor

Pengarah PASTI Negeri Selangor Rasmi PASTI Baharu Di Sabak Bernam – “PASTI D’Hati” | Jabatan PASTI Negeri Selangor

1112
SHARE

Oleh : PASTI Kawasan Sabak Bernam

Sabak Bernam, Selangor | 27 September 2020

PASTI Kawasan Sabak Bernam terus melebarkan jaringanya apabila berjaya menubuhkan PASTI baharu di Taman Air Manis, Sabak Bernam. PASTI ke 12 di kawasan Sabak Bernam ini diberi nama PASTI Muhammadi.

Perasmian di sempurnakan oleh Ustaz Mohd Faizul Bin Endut yang merupakan Pengarah PASTI Negeri Selangor. Turut hadir bersama adalah Hj Suhardi bin Sohud (Pengurus PASTI Kawasan), Pn Aminah binti Zaibani (Pengerusi MGP Kawasan) dan guru-guru PASTI.

PASTI Muhammadi mula beroperasi pada awal tahun 2020 dengan pelajar seramai 20 orang dan 2 org guru. Premis yang disewa ini berada di lokasi strategik. Keadaan rumah yg selamat dan selesa juga menjadikan PASTI Muhammadi bakal menjadi ibubapa khusus di kawasan Taman Air Manis dan sekitarnya.

Dengan penambahan PASTI baharu di Sabak Bernam ini, kini bilangan pelajar telah mencecah sehingga 480 orang. Di harapkan PASTI-PASTI di Kawasan Sabak Bernam akan terus menjadi pilihan dan mendapat sokongan yang baik dari masyarakat setempat.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor

#PASTISabakBernam
#PemudaPASSabakBernam
#MemimpinNegara